Murid-Murid

UPSI YANG SEBENAR !


SALAM U OLLSS !!!
dah lama tak lepak kat wordpress nie..mesti semua dah tahu kenapa cikfyzah  lama tak'wordpress' kat sini kan.. =)
oklaaa...cikfyzah tak nak memanjangkan entry nie sangat sebab petang nanti cikfyzah ada kuliah lagi...
cuma cikfyzah nak share sikit pengalaman 2 minggu menjadi siswa UPSI di perak ni ..
UPSI YANG SEBENAR !! ITU TAJUK YANG CIKFYZAH NAK HIGHLIGHT KAN..SEBENARNYA HIDUP DI UPSI NIE MEMANG SERONOK !!
dapat kawan baru !!
dapat pengalaman baru !!
dapat tenaga pengajar yang baru !! totally berubah cara pembelajaran di sekolah dahulu..semua kat sini kena manage sendiri..dengan jadual kuliahnya,berkejar sana ,,berkejar sini cari pensyarah semata-mata nak dapatkan tandatangan mereka untuk masuk ke kuliah mereka...kalau dulu...masukk jew sekolahh jadualll dahh gedebukkk ketua potostet bagi sorang satu kat kita kan...tapi sekarang tak rasa semua tu dah...nak add/drop kursus semua sendiri2..tapi itulahh sebenarnya pengalaman yang kita tak kan jumpa kat mana2 kalau kita tak jejak sebuah institusi yang dipanggil UNIVERSITI ini ...rasa bersyukur,,rasa bertuah dan rasa bangga bila ALLAH dah tentukan kehidupan baru cikfyzah di UPSI ini..
dan bila kat U ni,,kita akan belajar erti rindu yang sebenar-benarnya terhadap insan yang paling rapat dengan kita sepanjang waktu dahulu..2 minggu disini,,seorang ibu dan seorang bapa tidak pernah sedetik pun melupakan anaknya yang masih mentah dengan keadaan yang baru...touching pulak rasanya...hehe.. tapi itulah kebenarannya,,bila disini hari2 akan rasa rindu dekat mama dan abah..bila berjauhan lah kita akan kenang semula detik2 bersama mereka kan,,dan tika itulahh baru ada rasa syukur dalam diri dan terbitlah satu perasaan ANDAINYA MEREKA JUGA BERSAMA KITA ...tapi ternyata disini,,kita dilepaskan sendirian ibarat seorang insan yang baru nak belajar berenang..semestinya kita terkapai-kapai nak mengimbangi diri dari tenggelam ..begitulahh yang cikfyzah rasakan disini..terkapai-kapai uruskan diri sendiri tapi bila kita yakin kita tidak sendiri,,dan yakin kita miliki ALLAH yang SATU itu,,segalanya menjadi mudah dan tidak terbengkalai sedikitpun..dan ALHAMDULILLAH,,urusan add/drop kursus sudah selesai...!! syukur sangat2 dengan usaha kesana-kemari cari pensyarah...penat itu sekejap,,saat terkejar sana sini sahaja,tapi bila dah setel,,,SUBHANALLAH,,,rasa lega itu tak boleh digambarkan dengan kata2..
semoga hari2 yang mendatang dalam hidup kita membawa keharmonian,keberkatan,kebahagiaan,dan kesempurnaan walaupun tidak semua itu sempurna tapi hakikatnya sedikit sebnyak kita akan merasa kita adalah insan yang sempurna..
setakat ini saja dari cikfyzah...semoga berjumpa lagi... !!!
bye2!
:-)

4 comments:

wany♥ said...

UPSI untuk orang yang nak jd cikgu kan?

fyzah said...

ada jugak program bukan pendidikan. majoriti program pendidikan.. =)

Mah@Mahu said...

Salam Mahamahu nak minta email detail nama dan alamat untuk penghantaran hadiah contest blog Mahamahu.com. Sila hanta kat email akustika83@gmail.com..

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

yup, UPSI mmg begitu..

Alright reserved by NUR HAFIZAH