Murid-Murid

selamat menduduki STPM 2012

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI


saat ini rasa terpanggil untuk update blog yang bersarang labah-labah ini..haha..
entry punn macam aku pulak nak  ambik stpm.
ok..memangg dulu ambikk stpm..tak malu mengaku pun..^^ 
dan kerana stpm lahh aku sekarang membawa kedua-dua kakiku jejak ke menara gading ni..
alhamdulillah..
bukan riak atau apa2 yang buruk niat aku..tapi sekadar ingin menyatakan betapa bersyukurnya dijadikan hamba allah yang diberi ujian merasai bagaimana takutnya,bagaimana bimbangnya,bagaimana gementarnya,bagaimana memerlukan persediaannya untuk menghadapi satu tragedi iaitu peperiksaan..

memang tak dinafikan semua manusia ada cabaran..dan kita semua tak terlepas untuk semua itu..tapi kita harus bijak tangani dan jangan cepat berputus asa..

entry ini sebenarnya aku nukilkan buat adik-adik yang bakal mengahadapi peperiksaan stpm beberapa hari lagi..aku bolehh rasa dan bayangkan semula perasaan aku dulu..sama seperti mereka ketika ini. kerana apa?? kerana niat ku adalah untuk meletakkan kedua-dua tapak kaki ku di salah sebuah IPTA. dan alhamdulillah kini kedua-dua kakiku menapak di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI). begitu cepat pula masa yang kurasakan berbanding rasa berdebar aku suatu masa dahulu.

hari ini,aku menerima satu sms dari seorang insan yang pernah menjadi juniorku di sekolah dahulu. sms tersebut meminta aku untuk berikan tips menjawab peperiksaan stpm. aku juga terkejut sebenarnya.kerana bagi aku,aku bukanlahh sehebat yang disangka..aku bukanlahh pelajar yang ke universiti luar negara,malah aku tidak pernah muncul di mana-mana televisyen walau hanya sekali..maka aku terasa kerdilnya untuk aku berkongsi kerana hebat itu hanya milik ALLAH yang satu.. tapi demi tidak menghampakan adik tersebut ku berjanji untuk buat entry ni,dan semoga adik baca entry ni.. :)

tiada apa yang aku boleh kongsikan melainkan apa yang aku pernah buat suatu masa dulu.

pertamanya,aku amat memegang prinsip man jadda wa jada (siapa berusaha dia yang akan dapat hasilnya). maka usaha juga amat dititikbertakan...jika hanya tips shaja tapi tiada usaha dari diri sendiri sungguh tidak berbaloi melainkan dari ihsan ALLAH buat hambanya.

keduanya, aku amat menyenangi dengan amalan berselawat ke atas baginda rasulullah.s.a.w. Pernah aku mendengar seorang ustaz bercerita,,seorang sahabat nabi bertanya kepada baginda,,seandainya di dalam doanya dia iringi dengan selawat ke atas baginda,apakah doanya akan didengar oleh ALLAH??.maka baginda menjawab YA. tetapi sahabat nabi bertanya lagi, jika aku tidak berdoa akan hajat sebenar ku tetapi aku hanya berselawat kepada engkau,,apakah doaku akan dimakbulkan?? baginda juga menjawab YA dan menyambung, allah menyukai hamba yang berselawat kepadaku dan allah pasti mengabulkan doa2 mereka yang tidaklupa berselawat kepadaku dalam setiap doa mereka..maka jika mereka tidak berdoa sekalipun dan hanya berselawat kepadaku ,nescaya allah akan mengabulkan segala permintaan mu.. 
maka janganlahh adik-adik tinggalkan selawat buat baginda dalam setiap doa adik-adik..
insyaallah allah maha adil dan maha mengetahui.motifnya,,amalkan selalu. :)

seterusnya,ini amat pentingg bagi aku..restu ibu 3x lebih tinggi nilai dari restu ayah kita..pernahkan dengar kisah tentang nabi menjawab bagi persoalan siapa selepas engkau untuk aku hormati,umi,umi dan umi, baru ayahmu..hebat penangannya adik-adik..mulakan dengan restu ibumu kemudian mintalahh restu ayahmu..nescaya jika kau turuti pesan nabi kau tidak dibebani dengan masalah yang berat..ini yang aku amalkan..berbaik lahh dengan ibu bapamu..bersahabatlahh dengan mereka walaupun mereka adakalanya marah2 kat kita tapi biasakan diri untuk mengalah.. :)

mohon izin ilmu dari cikgu2..ambik berkat mereka..sbb tu kalau boleh waktu belajar jangan buat hal dengan guru..sekali dia coppp kita dia tak suka mungkin sukar dia nak izinkan ilmunya..jadi bersahabat juga dengan mereka dan terimalahh hakikat jika dimarahi oleh mereka kerana sewajarnya untuk kita menerima kerana kita ingin mengutip ilmu dari mereka.

persiapan akhir.....solat hajatlahh semampu kalian..sebolehnya melebihi 40 kali.semoga salah satunya allah mengasihani kita hendaknya dan diterima segala permintaan kita dengan segera.mohon lahh agar tidak digelapkan hati olehnya sewaktu peperiksaan berlangsung..

ada antara doa yang diajar buatku..
ya allah ampunkan segala dosaku..
tidak layak untuk aku merintih kepadamu.
tetapi pada siapa lagi hendakku adukan segala masalahku melainkan hanya kepada engkau yang maha menjaga segala aibku..
ya rahman,ya rahim.,aku mohon kejayaan darimu.
kejayaan dalam segala perbuatanku,niatku,ibadahku,serta pelajaranku.
ya allah,engkau yang maha tahu apa yang baik untukku..maka jika kejayaan dalm pendidikanku adalh baik untukku,masa hadapanku,buat keluarga,agamaku,imanku maka kau kurniakanlah kejayaan ini menjadi milikku.tetapi seandainya ia buruk untukku maka engkau gantikanlah dengan yang baik buatku dan lettakkanlah aku dalam golongan hambamu yang bersabar dan redha.
namun ya allah,,jika kau merasa aku tidak layak untuk berjaya,,aku mohon berilahh sedikit ehsanmu buatku supaya aku merasai nikmatnya kejayaan dalam hidupku walaupun sekali sahaja..maka engkau permudahkanlahh ya allah..jangan kau perketatkan segala yang ada padaku melainkan kau perketatkan imanku terhadap agamaMU..
selitkan doa ibu bapa,serta selawat kepada baginda sebelum mengaminkan doa..

ini adalah doa yang pernah diajar oleh seorang ustaz di sebuah tempat motivasi dulu,,dan sehingga sekarang masih ku ingati.. semoga bermanfaat perkongsian ini untuk kalian..

akhirnya,,banyakkan tawakal setelahh kalian berusaha..dan yakinlahh dengan ketentuan allah di kemudian hari...redhalahh pada qada dan qadar nnty..yang penting berserahh setelah usaha benar-benar kita lakukan.. baca soalan berhati2.jangan terburu2 menjawab..salin apa yang terlintas di kertas dulu..kemudia baru ambil kertas yang ingin ditulis jawapan tu..

bagi esei,,jawab biar pnjg kalau mrkhnya byk..contoh sejarah,,pastikan anda jawab 2 helai lebih..(untuk dapat A ), mulakan jawapan berdasarkan ayat pangkal soalan supaya tidak keliru..sediakan peralatan yang cukup dan pastikan dakwat pen adalah terang kerana sebarang kemungkinan bolehh berlaku..ehhee..

nak tido awl boleh..tak nak tido awl pun boleh..depend pada keselesaan anda..^^
yang penting sentiasa doa...doa...dan doa sehingga keluar keputusan nnty...^^
jika yang tak mahu berpuasa pastikan sarapan diambil waktu pagi..yang berpuasa itu lebih baik kerana doa orang yang berpuasa cepat dimakbulkan..
salam ibu ayah sebelum jwb exam...mohon maaf dengan mereka..ciumm mereka walaupun mungkin tak pernah buat..kerana itu lebih baik...
jumpa kawan2..doakan mereka..mohon maaf dari mereka..sedekahkan senyuman untuk semua seolah2 kita tenang..yakinn pada diri sendiri adalah sgt penting dan buatlahhh semampu anda..jawab sehingga masa tamat..jangan melengah2 untuk jawab..xde idea,blur,,selawat byk2..xtahu jugak usha2 kawan sikit supaya bagi hint sikit2..wahahaha...(sape tak pernah buat kan haha) kalau pengawas tengok cepat2 angkat tangan,,kononya mintakk kertas baru...hehhe... (ini tips penting) habiss bocor...haha..

tapi ape2 pun yang penting usaha+doa+tawakal+redha+dan bersabar menunggu keputusan..

sekadar itu yang mampuku kongsikann...buat lahh semaksimanya..yakinn bolehh pada diri sendiri..pegang pada janganberhenti selagi loceng terakhir belum berbunyi...dan jawablahh seperti inilahh peperiksaan terakhirr yangg anda ingin lalui !!!!(maksudnya tiada niat untuk ulangi sebarang paper pun..)

tahniah !!! selamat maju jaya !!! buat yang terbaikkk !!! ingat allah...ingat rasul kita...ingat ibu bapa kita !!!! dan ingatlahhh niat utama kita !!!

sekadar itu sahaja...semoga bermanfaat untuk semua...
wasalam..




^^ sambungg assigment seterusnyaaaaaaa......
gugugaga
:)

No comments:

Alright reserved by NUR HAFIZAH