Murid-Murid

Beranikah Aku

Bismillah.. :)

kehadiran tahun baru masih terasa.. baru 17 haribulan jew pun kan..hahha..
tapi  azam korunk dah ade yg tercapai atau belum??? kalau adew yg dh tercapai,,korunk memang hebat la... tak sampai sebulan dah tercapai kan???
:)

sejak cuti semester nie,, aku tiba-tiba muhasabah diri sejenak semalam..
memikirkan berapa lagi sisa waktu yang tinggal untuk mencari bekalan..
jangan dirasa pelik,kerana setiap hamba,jika dipilih olehNYA,, selepas koma pun terus nak bertaubat,
inikan pulak aku insan yang sentiasa tidak putus nikmat kesihatan yang diberikan olehNYA.

malam tadi,,tetiba terpikir apa yang dah aku sumbangkan untuk agama aku,,
untuk mak bapak aku,,
untuk keluarga aku,,
untuk rakan-rakan aku,
dan yg terpenting untuk diri sendiri..
bila aku pikir semua tu,,aku rasa macam aku tak pernah buat apa-apa pun..
tiba-tiba air mata mengalir saat tu...aku tak tahulah kenapa emo sangat semalam..tapi bila dipikir balik,,itulah CARA PENCIPTA aku nak tegur aku...bahawasanya aku masih lagi tidak berani untuk berubah...
berubah maksud aku,,berubah ke arah kebaikan..bukan keburukan,,

ramai orang kata,,tunggulahh sampai seru dulu baru lah berubah jadi baik,,
tapi tidak bagi aku..bila ALLAH dah tegur kita,,kita mesti berubah time tu jugak..tak boleh tangguh-tangguh dah...
tapi....
beranikahh aku????
beranikah aku untuk berubah??
itulah yang menjadi persoalan dalam benak pikiran aku sejak dari semalam..

dah lama sebenarnya aku ada niat nak berubah..niat nak jadi lebih baik dari apa yg aku mampu buat sekarang..
aku tak mahu ibu ayah aku terheret jua dengan beban dosa aku..
aku ingin jadi wanita yg solehah,,
menutup aurat dengan sempurna...
bukan bermegah dengan segala yang aku punya...
tapi...beranikah aku???
satu soalan yang aku tak mampu jawab sehinnga kini..

ku kongsikan entry ini di sini..moga2 ade insan yang sudi berkongsi denganku,,mungkin ada insan yang akan memberi perangsang dan semangat untukku... kerana hati aku sememangnya ingin berubah..tapi aku menidakkan sehingga sekarang..

alangkah indahnya jika aku berani seperti mereka-mereka yang telah berjaya :)

mohon jasa baik pembaca,,doakan saya agar jadi lebih baik sebagai hamba abdiNYA ...AMIN !



5 comments:

Hidayatul Afzam said...

Nak berubah, kita kena mula dengan yang mudah dahulu. Tak perlu berubah secara drastik, contohnya, Kalau rasa kita dah penuhkan solat fardhu, apa kata kita istiqamah pula dengan solat sunat. Cara berpakaian, sememangnya kita bertudung, cuba labuhkan pula hingga menutup dada. Nak berubah tak perlu tunggu hidayah sampai kerana hidayah perlu dicari. Ye, akak boleh buat semua tu. Dan kita semua boleh buat, boleh jadi hamba yg terbaik. InsyaAllah. :)

nadhirasyafiqah said...

Alhamdulillah. Istiqomah dalam melakukannya. InsyaAllah. Gudluck sayang :)

Diya Sesame said...

jemput join.ada hadiah maxi dress,jubah & cash rm100!
http://diyasesame.blogspot.com/2013/01/happy-blogging-giveaway.html

sYiRa LoKMaN said...

Don't use the "no ones perfect" excuse to carry on sinning...please..tell me if you know more ^_^ maaf if Syira silap..mohon tegur ye :) entry ini utk anda yg mahu berubah and utk diri Syira sendiri supaya hati Syira terus kuat !.. please dear..pray for me :)
http://syiralokman.blogspot.com/2013/01/peringatan-utk-saya-dan-awak-aurat.html

fyzah said...

terima kasih semua.semoga kita semkain lebih baik dari sebelumnya..doakan saya agar istiqamah untuk lebih baik.. :)

Alright reserved by NUR HAFIZAH