Murid-Murid

SETIAP KESABARAN DIBALAS REZEKI YANG TAK DISANGKA

ASSALAMUALAIKUM pembaca !!!

jam menginjak ke angka 2 pagi..tapi aku seperti biasa,,setelah memegang title ex student nie,,mataku masih lagi fresh untuk mengadap laptop yang indah ini...
kala inilah aku rasa kebosanan tahap kritikal,,setelah blog2 yang aku follow dh habis diterjah,,facebook kawan2 dah dibaca dalam hati dan pikiran tiba2 menerjah menyuruh aku post entry baru sekitar pepagi yang sangat 'celik' ini..

lalu medium blog ini menjadi tempat aku share kan segala hal...

yerrrr kongsi segala hal...dan malam nie aku nak kongsi satu perasaan gembira...

apakah perasaan itu??? jom lihat gambar nie....... =)

ok jelas tak gambar tu???? dah diperbesarkan gambar tuhh..tak nampak lagi memang tak tahu nak cakap la...haha...

ok berbalik kepada gambar tu,,kenapa aku cakap aku nak kongsi kegembiraan???sebab gambar kat atas tu lah...korunk paham tak istilah 'PENGHARGAAN' ???

haaa...itulah yang aku nak kongsi....sebuah penghargaan..tak kisah la dari mana2 bahagian sekalipun..tapi bagi kami seorang student nie,,tak terlintas di pikiran aku suatu ketika bergelar pelajar nak orang hargai macam nie..cukup sekadar dapat no 1 dalam tingkatn ,itupun dah meloncat kegembiraan.kongsi sana sini dengan kelas2 lain,(pengalaman org lain,,aku ranking ke 4 pernah r..hehe)..pastu 4 hari 4 malam asyik citer benda sama jew kan...tu baru penghargaan dari pihak sekolah...

ini....penghargaan dari luar sekolah...bukan senang nak dapat kan..kalau result setakat ciput jew sape yang nak iktiraf,,sape yang nak pandang??sape yang nak bagi duit mudah2 kan??tapi bagi aku inilah sebuah hadiah untuk aku dan rakan2 dulu...
pahit manis dalam ting 6 kami jelajahi bersama,,jatuh bangun keputusan kami,semua kami saling menyokong..kami tak menyisihkan sape2 pun diantara kami..malah pernah sekolah kami terpaksa buat satu group untuk kawan2 kami yang tak mampu nak skor sekurang2nya satu prinsipal dalam stpm kami nnti..hal itulah yang sangat menyedihakan bagi kami..tapi kami tak pernah tersungkur,,kami bersatu menyelamatkan kawan2 kami yang terpaksa menghadiri ngroup tersebut saban hari..apa yang kami mampu kami kongsi dengan mereka,selain motivasi dan saluran semangat kami beri kepada sahabat2 kami...tak kurang hebatnya,kami satu kuliah pernah menangis pada sesi muhasabah diri mencari dimana kesilapan kami,apa yang perlu kami perbetulkan,siapa yang perlu dimaafkan dan siapa yang berhak memaafkan..

akhirnya kami mengalah..kami membiarkan masalah itu pergi dengan sendiri...tapi tugas kami sebagai pelajar tidak pernah kami lupa..pernah jugak kaki ini melangkah bersama rakan2 di bilik guru,berusaha mencari guru,meminta tunjuk ajar saat bilik drjah kami ada masa terluang..itu sudah membuktikan bahawa kami tetap bersemangat ingin mengangkat sebelah lagi kaki kami ke menara gading...
cabaran demi cabaran kami lalui,dalam duka kami sentiasa ketawa,apatah lagi suka,kami memang sentiasa ceria...itulah kami..kami tak pernah hipokrit dengan sikap kami..apa yang wajar kami tontonkan,itulah yang akan kami tontonkan,,kerana kami sedar,kamilah yang paling tertua di ketika itu..
masa tetap berjalan,,akhirnya hari bersejarah kami tempuhi dengan tegar..sedikit pun kami tidak melangkah ke belakang semula setelah lantai dewan kami jejakkan..di dewan itulah kami semua mengumpul semangat,,apa pun terjadi kami ingin banggakan sekolah...hanya sekolah!!! tidak pernah terlintas di pikiran aku bahawa suatu masa pihak lain turut berasa bangga dengan pencapaian kami...maka kertas demi kertas kami jawab dengan penuh keyakinan..

tiba masa kami berehat dari segala kepenatan..tapi hanya sekejap..dan muncul satu tarikh bermakna, 7/3/2012 keputusan stpm kami diumumkan...
melangkahnya kami denagn penuh harapan,bahawa pulangkah kami selepas ini dengan penuh kegembiraan???atau deritakah kami walau pelbagai telah kami korbankan???
segalanya terjwab bila jari kami menggenggam slip keputusan...

bersyukurnya kami kehadrat tuhan,,pengorbanan kami DIA pandang...malah pencapaian sekolah kami adalah terbaik dalam daerah,,pelajar terbaik juga dari sekolah kami yang datangnya dari luar bandar..sedikitpun kami tidak malu mengaku kami dari sekolah luar bandar,malah kami sangat berbangga kerana kami mampu menaikkan nama sekolah...

dan wujudlah gambar diatas tadi..bila adew dikalangan kami yang bakal menerima sumbangan tersebut..kami sekali lagi berasa syukur kerana usaha kami masih diingati,diiktiraf dan diberi penghargaan yang tak pernah kami jangkakan..sesungguhnya niat kami  hanyalah ingin kemenara gading..bertungkus lumus kami hanya ingin mendapat tempat  di universiti,,namun dengan penghargaan ini,,KAMI AMAT2 BERSYUKUR(wakil bg kawan2 yg akan menerima penghargaan tu nanti)

sekian dulu
stay tuned :: DUNIASAYA =)



*** berjela aku citer pahit maung kami ,,tapi aku tak dapat penghargaan tu sebab ic aku kat parlimen jeli..hehe..penghargaan tu untuk rakan2 yang kat ic mereka mengesahkan mereka bawah parlimen tanah merah..huhuhu...tapi apa2 pun turut same bersyukur atas rezeki kawan2 yang berjaya... :)

No comments:

Alright reserved by NUR HAFIZAH