Murid-Murid

untuk jejaka dan dara @ adam dan hawa



Assalamualaikum WBT

Untuk Adam, andai mahu mencari hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.

 Lihatlah
 pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh 
kulit
 lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya.

 Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih
 teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami..

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. 

Andai tidak redup menunduk pandangan, Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. 
Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang
 bukan bernama suami..

Utuk Hawa..andai mahu menerima cinta adam..

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya.

 Andai liar hidupnya tika malam menjelma. Fikirlah sebaiknya andai mahu menerima
 kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya
 terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. 

Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola. Fikirlah, 
sebaiknya andai masih mahu menerima kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. \

Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya
 andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak, kesalahan kecil 
anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, 

wanita berhijab itu sesungguhnya memag mulia zahir batinnya, tetapi hari
 ini mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan
 kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki, kadang-kala berkopiah,
 dari mata nampak sungguh alim, tetapi dalam hatinya? Siapa yang tahu.. 

Sekadar renungan bersama..

sejujurnya ::: Nukilan ini diambil dan dicopy secara bulat bulat dari 

status seorang akhawat. Sangat cantik untuk dikongsi bersama sebagai renungan. 
Mari mencari yang halal! Semoga Allah redha :) 


Courtesy of Google



*** tatkala itu saya sedang kebosanan..lalu saya mensibukkan
 diri dengan membuka seberapa banyak blog yang saya ingin.
.sedang-sedang ralik membaca blog dari satu blog ke satu blog,,
dari satu entry ke satu entry akhirnya hati terpaut pada satu blog ini..
dalam entrynyer terdapat nukilan yang telah anda semua baca sebentar tadi...
jadi perkongsian ini saya rasa amat perlu..
maka saya dengan tidak meminta izin tuannya terlebih dahulu telah mencopy paste kan ke
dalam blog ini..bukan tidak ingin meminta izin tapi saya baru saja menjadi follower dia dan
 baru sahaja memberanikan diri menADD diyer sebagai member fb..kalau diyer accept
 maka saya bdengan rela hati ingin berterus terang..hehe...semoga entry kali ini membuka
mata hawa dan adam dalam menilai erti PASANGAN HIDUP yang sebenar..kerana saya
 juga merasai entry ini mendalam maksudnya bagi insan2 yang ingin berfikir.. =)

stay tuned ::: DUNIA SAYA =)

No comments:

Alright reserved by NUR HAFIZAH