assalamualaikum..
yeahhhhhh...akhirnyaaaa episode kedua 'kayu tetap kayu' telah berada di pasaran..hehe..sudah lama aku menanti saat terindah ini..sudah lama aku menanti saat untuk buat entry bahagia,teruja,dan penuh makna ini...
secara rasminya... PERSEMBAHAN ZAPIN telah berjaya dilaksanakan...syukur alhamdulillah atas rezeki,nikmat dan kurniaan dari ilahi,,kumpulan aku dapat menyiapkan tugasan berkumpulan kami ini dengan penuh jayanya..** sedih tiba-tiba**.. disinilahh sebenarnya bermula coretan kisah zapinku episode kedua ini.. sememangnya sebak untuk aku ceritakan..tapi disebabkan keinginan yang membuak-buak nak buat entry ini,,ku gagahkan juga walau ku pasti pasti ada yang mengalir air mata baca entry nie lepas nie..
kisahku sebagai ahli zapin..yerr..itu aku..
aku pada mulanya sangat merasa derita saat majoriti ahli kumpulan memutuskan tarian zapin akan menjadi persembahan kami pada minggu ke 13 sebagai assigment berkumpulan bagi kelas budaya dan warisan. dimana seorang anak kelantan,yang sedikitpun aku rasa tiada darah seni yang mengalir,sangat2 tidak menyetujui persepakatan ini meskipun hanya di dalam hati..namun tiada apapun yang mampu aku lakukan lagi kerana segalanya memang telah ditakdirkan aku harus lalui semua ini.. peringkat permulaan aku tidak mengenali ahli kumpulanku sendiri.. ditambah dengan rasa tidak ingin mengenali maka aku jarakkan diriku diantara mereka pada pertemuan pertama kami.
namun sejauh mana aku mampu berlari??,,kerana aku tetap akan buat latihan dengan mereka juga.
sehinggalah hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan, segalanya terlalu cepat berlalu..persahabatan yang terjalin di antara kumpulan zapin ini aku sendiri tidak tahu. yang aku tahu kami sama-sama lalui gelak ketawa bersama,kesedihan bersama,cerita kisah-kisah manis dan pahit bersama,kami mampu menerima kelebihan dan kekurangan dalam setiap di kalangan kami,malam demi malam kami terus berlatih dengan penuh keyakinan dan kesungguhan..kami sendiri tidak sedar jam semakin menginjak meninggalkan malam,,satu hingga dua pagi kami masih lagi berlatih tarian zapin..kami sedikitpun tidak merasa mengantuk..yang kami tahu,kami enjoy dengan step2 yang diajar kepada kami.. walaupun kayu itu masih lagi kayu tapi kami buat jugak seolah kami adalah selembut-lembutnya..itulah yang kami pelajari tiap2 malam sepnajang 3 bulan ini..
siapa kata zapin senang???
tak senang pun derr...seksa bagai nak belajar semua ni ...
perlu kesabaran,perlu pengorbanan,perlu ketahanan..
kami sudah cukup berkorban untuk tempoh 3 bulan ini..
sangat-sangat cukup berkorban..
kami tangguhkan dulu assigment lain,,kami utmakan latihan zapin saban malam.
kami tangguhkan assigment lain,kami buat latihan pagi dan siang..
segalanya demi 15 markah berkumpulan.
sikitt jew derrr..tapi sikit tulahh kami berkorban segala-gala.
semakin dekat hari persembahan,kamilah insan yang paling berdebar.setiap hari kami memikirkan mampukah kami buat tarian ini dengan sempurna...kalau waktu latihan,kami ada conduct yang memastikan kami betul langkah,tapi mungkinkah di hari sebenar kami tidak terlupa langkah?? sama-sama kita fikirkan..hehe..
tiada siapa menduga,,hari realiti telah pun tiba..kami gagahkan jua kaki melangkah dengan penuh bangga..bangga walhal kami terlalu berdebar rasanya.. apabila melihat diri sendiri mengenakan pakaian zapin aku rasa begitu teruja..betul kew aku akan menari..betul ke aku akan buat persembahan di hadapan orang ramai nie,betulkew?? sentiasa ada dalam kamus minda aku...
dan tibalah detiknya...lagu mula berdendang..menandakan waktu kami telah tiba untuk bersiaran.. dengan penuh longlai kaki melangkah mengikut acuan yang telah diarahkan.. lemah gemalai seluruh jari aku rasakan..aku tekad demi 15 markah aku cuba lembut-lembutkan... entah kenapa begitu seronok aku rasakan..denagn senyuman yang tak pernah kami lepaskan,kami berzapin seolah2 kami pasukan terhebat..kami tidak kisah yang penting kami rasa bahagia sewaktu kami mempersembahkan.. saling bertautan sama seperti coach kami ajar.. akhirnya segalanya telah selesai dalam masa 7 minit sahaja. 7 minit je derrr..berlatih bagai nak pengsan 3 bulan...7 minit jew pun buat persembahan...tapi hasilnya??? KAMI PUASS !!!!!
dan hari ini...KEPUTUSANNYA SUDAH KELUAR !!!
keputusan dimana kami mengharapkan yang terbaik akan kami lihat..
begitu teruja kami rasakan..ingin melihat seberapa banyak markah yang kami dapat..
dan ternyata...........
USAHA KAMI BERBALOI AKHIRNYA..
14 PER 15.
hanya satu mata sahaja kami terlepas..dan itu hakikat..tiada yang sempurna sebenrnya...
tapi bagi kami 14 per 15 suatu keputusan diluar jangkaan..kami sungguh tak sangka kami mampu meraih sebegitu besar kejayaan..3 bulan kami berlatih,,hari ini berbaloi kami rasakan..SANGAT-SANGAT BERBALOI !!!
dan kami sangat2 teruja dengan hasil kerja kami..
tapi yang sebenarnya,,dalam kumpulan zapin inilah aku belajar banyak perkara..aku belajar erti persahabatan yang tulus suci murni dan sewaktu dengannya..aku tak pernah mengharap aku akan punyer teman yang ramai,aku tak pernah mengharap aku punyer teman-teman yang mewah dengan kasih sayang..aku tak pernah mengharap aku ada teman yang mampu emnjadi pendengar yang hebat.tapi segalanya berubah.. di keluarga zapin inilah aku belajar erti kekuatan,erti kasih sayang,erti penghargaan,erti kejesama yang erat,erti kesetiaan,erti pengorbanan,erti pengharapan,erti tekanan,erti KEJAYAAN !!. aku rasa semuanya..aku miliki teman-teman yang sanggup susah senang bersama..dam hubungan kami tidak terhenti disitu shaja..semakin hari semakin kami kenal sahabat kami itu siapa..perangainay bagaimana,sifatnya pula bagaimana... dan kami semakin mengenal ...
sesungguhnya,tiga bulan bersama keluarga zapin.,aku rasa teruja dan bahagia...sedikit sebanyak aku rasai detik2 kebahagiaan bersama mereka sebagai pengganti mama dan abah disini..
secara jujurnya wahai sahabat-sahabatku sekalian,, AKU SAYANG KORUNK,,AKU RINDU KORUNK,AKU HARGAI PERSAHABATAN KITA,AKU RINDU DETIK2 KITA BERSAMA,AKU RINDU HILAI TAWA KITA,AKU RINDU WAJAH-WAJAH KELETIHAN KITA,AKU RINDU SEGALANYA..
natrah,chua,syakila,ika,adib,julia,farah,hajar,muiz &boboi..terima kasih atas segalanya..aku gembira bersahabat dengan kalian,maafkan segala kelemahan aku sepanjang kita buat latihan.terkasar bahasa dan perlakuan yang aku sedar mahupun tidak sedar,,aku sama sekali tidak menyedari akan semua itu,,yang aku tahu aku ingin menjadi sahabat terbaik kalian... semoga kenangan dalam keluarga zapin ini terus terpahat dalam hati kita semua..maafkan fizah sekali lagi...halalkan segala-galanya..
terimalahh memori terindah sebgai kenangan buat kita semua !!!
p/s : video tak dapat diupload..harap korunk tgk kat fb yerr...teristimewa untuk korunk...
p/s : video tak dapat diupload..harap korunk tgk kat fb yerr...teristimewa untuk korunk...
2 comments:
c0ngrat korang... mmg cantik zapin yg korg wat
thankss..korunk punyer tarian pun sgt2 mencabar...good job dear..
Post a Comment