Murid-Murid

Salam Maulidur Rasul s.a.w :)

syukur alhamdulillah...
12 Rabiuawal telah muncul juga... sejarah agong telah tercipta...sehingga teruja bapa saudara baginda menyambut kelahiran baginda dengan menjamu sahabat2nya makan kambing demi melahirkan kegembiraan beliau...

begitu juga dengan ibu susuan baginda,,,pada asalnya sangat kering dengan susu, tapi setelah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. maka air susunya tidak kering lagi dan semakin banyak..begitulah agongnya kelahiran Rasulullah sehingga seluruh muka bumi merasai kelebihan dari kelahirannya..

tapi hari ini..... begitu banyak musuh baginda..tidak henti-henti memburukkan baginda walaupun mereka tidak pernah bersua muka dengan baginda... :( andai Rasulullah masih ada..... terfikirkahh anda semua baginda akan marah atau berdoa untuk mereka yang menganiaya baginda??? sudah tentu baginda akan memaafkan... baginda bukanlah seorang yang pemarah..hatta dibaling dengan batu di kepalanya sehingga berdarah tanpa henti menyebabkan  sahabat baginda terlalu marah,namun baginda tetap saja membiarkan malah turut berdoa buat umatnya itu...sehingga ALLAH juga memberi peluang buat baginda mengadu tentang hambanya,dan memberi peluang untuk baginda menyatakan segala jenis hukuman untuk dijatuhkan kepada umatnya seperti nabi-nabi terdahulu,,tapi baginda tidak juga ingin dan hanya mendoakan terbaik buat umatnya..
tengok..betapa lembutnya,,betapa baiknya baginda..tapi..... layakkah kini baginda dicaci,,dilukis wajahnya dengan sewenangnya,dihina tanpa henti.??? subhanallah..ayuhh kita renung balik pengorbanan baginda.. ayuh kita cari waktu berselawat buat baginda..kerana baginda pernah berkata... baginda amat merindui mereka yang sangat merinduikan dan mencintai aku...
sahabat bertanya ..siapakah mereka ya rasul... baginda menjawab... mereka yg tak pernah ku lihat wajahnya tapi dialah yang sentiasa berselawat kepadaku.. (ikhwan).. :) YA ALLAH,, baginda merindui kita...yakinlahh baginda merindui kita..maka ayuhlahh kita berselawat buat baginda sebanyak yang boleh.. bukan susah... bila bukak lptop,,baca dulu basmalah dan selawat...bila pegang mouse,baca dulu basmalah dan selawat,bila tutup laptop,baca dulu basmalah dan selawat,,bila nak makan baca dulu basmalah dengan selawat,pakai bedak,,baca dulu basmalah dan selawat,pakai kasut,baca basmalah dengan selawat..iringkan selawat dalam setiap perbuatan kita ...hari demi hari lidah kita akan biasa dan jika kita tertinggal untuk menyebutnya,pasti kita dengan sendirinya akan rasa ada benda yang tertinggal.. buatlahh....ambiklahh seminit ke nak sebut selawat tu walaupun sehari untuk satu hari..sekurangnya lidah kita pernah basah berselawat buat baginda... in sha allah...
sama-sama kita amalkan... :)

saya suka menyatakan YA HANANA...maksudnya beruntungnya saya.. :)
saya tinggalkan anda dengan lagu kegemaran saya,,,kisah nabi kita...RASULULLAH S.A.W dari kumpulan nasyid kegemaran saya dari dulu hingga kini... terimalah..

DIA MUHAMMAD

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya 




:) 
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّد

4 comments:

Lyeen De Syifa said...

salam maulidur rasul..sama2 kita banyakkan selwat keatas baginda..

fyzah said...

yer..slaam maulidur rasul cik lyeen.. :) cik lyeen dh selwat ari nie?? :)

puteri kasih said...

suka dengar lagu inteam :)

QasehnyaRania said...

salam maulidul rasul :D

Alright reserved by NUR HAFIZAH